Sabtu, 6 September 2014

Wajah Sebenar "Sir Henry Gurney"








Assalamualaikum.....hari ni den nak bercerita tentang satu "tokoh" yang kita belajar dalam buku sejarah di peringkat persekolahan.....Kita diajar mengenai "jasa" beliau menghapuskan keganasan komunis di tanah melayu.Beliau merupakan "PM" tanah melayu sewaktu darurat.Beliau mati di tangan komunis semasa dalam perjalanan ke Bukit Fraser.

Antara tahun 1917-1921,beliau merupakan askar penjajah British yg memerangi wilayah kekuasaan Turki uthmaniah di dalam King Royal Rifle Corps.Pada tahun 1946 - 1948,beliau menjadi Setiausaha Kerajaan Mandat Palestin.Semasa beliau berkuasalah kumpulan paramilitary yahudi iaitu Haganah,Stern dan Irgun untuk menghalau penduduk asal palestin dan membunuh sesiapa yang berdegil.Kumpulan ini juga bertanggungjawab dalam peristiwa Deir yassin yg banyak dilupakan oleh generasi muda skrg.


                                                            Pasukan Haganah
Jadi,sebagai umat Islam,kita jgn lah mengagung2kan "tokoh" ni.....Tangannya penuh ngan darah umat Islam...Yang pelik nya tu,siap ada papan tanda tempat beliau dibunuh...tak cukup dengan tu,di abadikan lagi nama beliau kat sekolah dan sekolah...Sudah hilangkah kewarasan akal kita??

Aku memetik ayat daripada sebuah blog yg lain:"Apakah jasa beliau di sini? Ingat! Beliau dibunuh dalam keadaan menjadi Ketua Penjajah! Dalam keadaan tangannya berlumuran darah rakyat Palestin!".

Akhirulkalam,sebagai generasi muda yang bakal mewarisi tampuk pemerintahan negara pada masa akan datang sepatutnya tidak menyanjung Sir Henry Gurney dan sematkan di fikiran muda kita yang beliau ialah tokoh peminum darah umat Islam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan