Isnin, 8 September 2014

Adakah Adolf Hitler Jahat???

Jawapannya senang sahaja iaitu ya dan tidak.Sebagai seorang Islam,antara peraturan peperangan yang paling penting ialah tidak sewenang-wenangnya membunuh(wanita,kanak-kanak,orang tua dan tahanan perang) dan merosakkan tumbuh-tumbuhan.Jadi,dalam kes Adolf Hitler membunuh kaum yahudi sewenang-wenangnya memang berlanggar dengan prinsip Islam.Bukan itu sahaja,bahkan beliau melancarkan serangan jarak jauh ke kawasan penduduk yang berkepadatan tinggi seperti London dengan menggunakan V2 Rocket.Akibatnya,banyak orang awam yang terkorban disampingkan kerosakan harta benda awam.

Tetapi kita kena ingat juga,sebab sejarah ditulis oleh orang yang menang.Kebanyakan filem perang yang kita tonton daripada kecil hingga sekarang kebanyakan berat sebelah,seolah-olah Hitler ini memang Super Evil.Sebenarnya Hilter sangat mengagumi Islam terutamanya kehebatan ketamadunan Islam. Buktinya beliau telah mencetak dan mengeluarkan risalah yang berkaitan dengan Islam dan menyebarkannya kepada tentera Nazi yang beragama Islam yang sedang berperang. (Untuk maklumat tambahan, tentera Nazi ada juga yang beragama Islam) dan juga bukan beragama Islam.Hiltler juga membenarkan askar-askar Islam solat berjemaah.


Akhirulkalam,kita mesti berwaspada daripada setiap maklumat yang kita dapat termasuk maklumat daripada blog ini sebab hamba pon hanya hamba Allah yang lemah .Kita tidak boleh percaya sesuatu maklumat itu 100% terutama di zaman fitnah ini.

Sabtu, 6 September 2014

Wajah Sebenar "Sir Henry Gurney"








Assalamualaikum.....hari ni den nak bercerita tentang satu "tokoh" yang kita belajar dalam buku sejarah di peringkat persekolahan.....Kita diajar mengenai "jasa" beliau menghapuskan keganasan komunis di tanah melayu.Beliau merupakan "PM" tanah melayu sewaktu darurat.Beliau mati di tangan komunis semasa dalam perjalanan ke Bukit Fraser.

Antara tahun 1917-1921,beliau merupakan askar penjajah British yg memerangi wilayah kekuasaan Turki uthmaniah di dalam King Royal Rifle Corps.Pada tahun 1946 - 1948,beliau menjadi Setiausaha Kerajaan Mandat Palestin.Semasa beliau berkuasalah kumpulan paramilitary yahudi iaitu Haganah,Stern dan Irgun untuk menghalau penduduk asal palestin dan membunuh sesiapa yang berdegil.Kumpulan ini juga bertanggungjawab dalam peristiwa Deir yassin yg banyak dilupakan oleh generasi muda skrg.


                                                            Pasukan Haganah
Jadi,sebagai umat Islam,kita jgn lah mengagung2kan "tokoh" ni.....Tangannya penuh ngan darah umat Islam...Yang pelik nya tu,siap ada papan tanda tempat beliau dibunuh...tak cukup dengan tu,di abadikan lagi nama beliau kat sekolah dan sekolah...Sudah hilangkah kewarasan akal kita??

Aku memetik ayat daripada sebuah blog yg lain:"Apakah jasa beliau di sini? Ingat! Beliau dibunuh dalam keadaan menjadi Ketua Penjajah! Dalam keadaan tangannya berlumuran darah rakyat Palestin!".

Akhirulkalam,sebagai generasi muda yang bakal mewarisi tampuk pemerintahan negara pada masa akan datang sepatutnya tidak menyanjung Sir Henry Gurney dan sematkan di fikiran muda kita yang beliau ialah tokoh peminum darah umat Islam.


Jumaat, 5 September 2014

Perkara Yang Anak Muda Melayu Tidak Tahu Tentang Sejarah Bangsa Melayu

Pada zaman IT ni,kita boleh kira bilangan golongan muda-mudi di negara kita yang tahu asal usul sejarah bangsa kita sendiri.Aku(lebih selesa bahasakan diri"aku".Sorry,kalau terasa kasar.)ni bukannya belajar sampai tahap professor nak bincangkan topik ni secara detail.Cuma aku nak try bg kesedaran kat bangsa kita yg tgh lena ni.Aku pon x de la bagus mane2 bab2 sejarah ni....tapi at least kita sbg org melayu patut tahu serba sedikit tentang asal usul kita.Pada post kali ni aku malas nak bg tau psl definisi2 melayu n sbgnya sbb aku ni bukan prof,tapi aku nak kongsi satu benda yg kita x belajar kat buku teks sejarah sekolah kita.

Kita sering dihebohkan dengan kehebatan keris sbg senjata org melayu.Sebab apa kita agungkan keris??sebab penjajah British yg nak kita ingat senjata utama bangsa kita ni keris je.Mereka nak kata bangsa kita ni nothing,x tau ape2.Hanya tau pakai keris je.Hakikatnya,bangsa kita lg maju drpd yg di gembar gemburkan.Bangsa kita bukan setakat tau guna keris,anak panah n sumpit,tapi tau guna senjata yg moden pada zamannya seperti istinggar(senapang),pemuras(pistol) dan lela(meriam).Malah,seni pembuatan senjata kita pada antara yg terbaik di dunia pada kurun ke 15 mengalahkan teknologi persenjataan eropah.


Senapang melayu dari kurun ke 18.Cantikkan design yg kat bwh ni.

Tambahan lagi,cuba kita fikir logik sikit....x kan la empayar kesultanan melayu melaka x tau tentang kewujudan teknologi senjata api.Padahal Melaka merupakan pelabuhan enterport dan merupakan tmpt persinggahan pedagang timur n barat.Di sebelah barat,empayar Turki Uthmaniyah dgn teknologi kapal perangnya...Di sebelah timur pula,Kerajaan china dengan teknologinya sendiri.Yang peliknya,aku masih x paham kenapa benda2 ni x diajar di peringkat sekolah hingga sekarang.

Lagi satu yg menjadi kemusykilan aku ni ialah kenapa penjajah portugis,belanda n british x menjalankan penghapusan etnik macam yg berlaku di benua Amerika n Australia...Pelikkan...pada pandangan aku,sbb diaorg x buat mcm kat amerika terhadap kaum melayu ni kerana melayu ni lg bertamadun drpd tamadun maya contohnya.diaorg hanya dpt conquer sektor politik n ekonomi dgn cara perlahan2 supaya x menimbulkan kemarahan org melayu secara keseluruhan sbb diaorg x bleh lawan bila kita unite.Kesultanan melayu melaka kalah pon bukan sbb aspek persenjataan,tapi drpd segi kesetiaan askar Melaka sendiri yg belot dgn mendedahkan strategi kerajaan Melaka kepada Portugis seperti perbuatan si kitol....Logik x??