Jumaat, 5 September 2014

Perkara Yang Anak Muda Melayu Tidak Tahu Tentang Sejarah Bangsa Melayu

Pada zaman IT ni,kita boleh kira bilangan golongan muda-mudi di negara kita yang tahu asal usul sejarah bangsa kita sendiri.Aku(lebih selesa bahasakan diri"aku".Sorry,kalau terasa kasar.)ni bukannya belajar sampai tahap professor nak bincangkan topik ni secara detail.Cuma aku nak try bg kesedaran kat bangsa kita yg tgh lena ni.Aku pon x de la bagus mane2 bab2 sejarah ni....tapi at least kita sbg org melayu patut tahu serba sedikit tentang asal usul kita.Pada post kali ni aku malas nak bg tau psl definisi2 melayu n sbgnya sbb aku ni bukan prof,tapi aku nak kongsi satu benda yg kita x belajar kat buku teks sejarah sekolah kita.

Kita sering dihebohkan dengan kehebatan keris sbg senjata org melayu.Sebab apa kita agungkan keris??sebab penjajah British yg nak kita ingat senjata utama bangsa kita ni keris je.Mereka nak kata bangsa kita ni nothing,x tau ape2.Hanya tau pakai keris je.Hakikatnya,bangsa kita lg maju drpd yg di gembar gemburkan.Bangsa kita bukan setakat tau guna keris,anak panah n sumpit,tapi tau guna senjata yg moden pada zamannya seperti istinggar(senapang),pemuras(pistol) dan lela(meriam).Malah,seni pembuatan senjata kita pada antara yg terbaik di dunia pada kurun ke 15 mengalahkan teknologi persenjataan eropah.


Senapang melayu dari kurun ke 18.Cantikkan design yg kat bwh ni.

Tambahan lagi,cuba kita fikir logik sikit....x kan la empayar kesultanan melayu melaka x tau tentang kewujudan teknologi senjata api.Padahal Melaka merupakan pelabuhan enterport dan merupakan tmpt persinggahan pedagang timur n barat.Di sebelah barat,empayar Turki Uthmaniyah dgn teknologi kapal perangnya...Di sebelah timur pula,Kerajaan china dengan teknologinya sendiri.Yang peliknya,aku masih x paham kenapa benda2 ni x diajar di peringkat sekolah hingga sekarang.

Lagi satu yg menjadi kemusykilan aku ni ialah kenapa penjajah portugis,belanda n british x menjalankan penghapusan etnik macam yg berlaku di benua Amerika n Australia...Pelikkan...pada pandangan aku,sbb diaorg x buat mcm kat amerika terhadap kaum melayu ni kerana melayu ni lg bertamadun drpd tamadun maya contohnya.diaorg hanya dpt conquer sektor politik n ekonomi dgn cara perlahan2 supaya x menimbulkan kemarahan org melayu secara keseluruhan sbb diaorg x bleh lawan bila kita unite.Kesultanan melayu melaka kalah pon bukan sbb aspek persenjataan,tapi drpd segi kesetiaan askar Melaka sendiri yg belot dgn mendedahkan strategi kerajaan Melaka kepada Portugis seperti perbuatan si kitol....Logik x??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan